~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

07 January 2011

Fardhul Muslim ??

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang diri kita sendiri yang sentiasa membuat dosa,sentiasa lalai sehingga melupakan apa yang disuruh oleh Allah..

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'du:11)

Manusia fitrahnya adalah inginkan kebaikan,tetapi lebih cenderung kepada kefasikan kerana syaitan menghasut manusia dengan cara yang sangat halus sehingga tidak disedari oleh pelakunya..Untuk memartabatkan atau membina daulah islamiyyah di dunia ini perlu mengikut marratib amal yang bermula dengan pembinaan peribadi. Di sini menunjukkan kita harus membina diri kita dan orang lain demi untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Pembinaan peribadi ini memerlukan masa yang sangat panjang supaya setiap peribadi-peribadi yang terbina itu memahami dan mampu memikul beban dakwah sepertimana Rasulullah menyampaikan risalah Islam.


Perumpamaan yang mudah,saya bawakan contoh baju putih yang kotor dengan kotoran lumpur,air sirap,coklat dan lain-lain,apabila kita ingin membersihkannya,kita memerlukan masa dan usaha yang gigih untuk membasuhnya seperti menggosok-gosok bahagian kotor untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran pada baju tersebut sehingga ianya menjadi putih seperti sedia kala. Ia memerlukan usaha yang sangat mantap dan rela hati.

Tetapi alangkah malangnya,baju sangat mudah dikotori tetapi susah untuk dicuci. Maka jagalah baju tersebut dengan sebaiknya agar tidak mudah dikotori.

Baju itu diumpamakan sebagai diri kita sendiri. Dengan dosa-dosa serta kemaksiatan yang telah dibuat,tentu sekali kita ingin membersihkannya dengan meminta ampun daripada Allah. Maka apabila kita dalam proses pembinaan peribadi diri,janganlah biarkan ia mudah dikotori atau ditembusi oleh syaitan dan konco-konconya. Jaga diri kita sebaiknya dengan cara kita sentiasa berdamping dengan orang soleh,mencari ilmu daripada mereka yang banyak ilmunya dan lain-lain.

Semoga ianya bermanfaat bagi diri kita yang masih dalam fasa pembinaan peribadi untuk mencapai Daulah Islamiyyah yang kita ingin-inginkan.

15 November 2010

Al-Kafirin Wal-Munafiqin




Alhamdulillah setelah beberapa lamanya tidak menulis,terasa ingin berkongsi sedikit peringatan yang sungguh penting dan bermakna pada semua umat muslimin. Saya ingin membawakan sedikit cerita tentang golongan kafir dan munafiq yang sangat dicemuh dan dibenci oleh Allah.

Golongan kafir dan munafiq banyak Allah ceritakan di dalam Al-Qur'an yang dimana salah satu sifat mereka adalah mereka tidak ingin mendengar peringatan atau tazkirah atau kuliah di mana-mana kerana mereka sungguh benci dengan peringatan. Seperti yang Allah catatkan dalam Al-qur'an:

"Sesungguhnya orang-orang kafir sama saja bagi mereka,
engkau(Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan,
mereka tidak akan beriman." (Al-Baqarah:6)

Sama-sama kita renungkan sifat orang kafir yang tidak ingin langsung mendengar peringatan yang mengingatkannya pada hari akhirat. Mereka, Allah tutupkan penglihatannya dan pendengarannya yang dimana tidak bermakna Allah merosakkan pendengaran serta penglihatannya, tetapi Allah tutup pendengaran batinnya dan penglihatan hatinya agar di akhirat nanti mereka tidak mempersoalkan tentangnya. "Dulu aku di dunia telingaku pekak dan mataku buta membuatkanku tidak dapat mendengar(peringatan) dan tidak dapat melihat(ciptaan Allah)"

Jadi kepada mereka Allah akan kurniakan azab yang sangat pedih di akhirat nanti. Golongan munafiq pula mereka pura-pura beriman kepada Allah. Firman Allah:

"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah,tetapi Allah-lah
yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya'(ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak
mengingat kecuali sedikit sekali." (An-Nisa':142)

Mereka hanya beramal semata-mata inginkan pandangan orang dan bukan ingin pandangan mulia dari Allah. Mereka(munafiq) berada di tingkatan paling bawah di dalam neraka. Naudzubillahi min zalik. Kita mohon dijauhkan dari menjadi golongan munafiqin yang akan disiksa teruk oleh Allah di akhirat nanti.

Sama-sama kita berdoa agar tidak tergolong dari mana-mana golongan di atas. "Allahumma ja'alna minassolihin waja'alna minassodiqin waja'lna minazzakirin wala taj'alna minal munafiqina wal kafirin." Ameen ya rabbal alamin..

08 June 2010

Aman Tenteram..


Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah lama tidak berkarya..Allah izinkan juga hamba ini menulis spatah dua kata bagi mengingatkan manusia yang sering alpa dan terleka dengan bende keduniaan...Jadi,di sini ana ingin menceritakan tentang maksud sebenar aman...Aman yang dinantikan dan disukai oleh orang ramai...


Adakah kehidupan kita aman?Adakah kita merasa tenteram dengan kehidupan kita sekarang?Cuba timbulkan persoalan sebegini di benak fikiran kita yang terlampau lapang hingga tidak memikirkan apa-apa pun..Ana mengajak kita berfikir sejenak dengan secara mendalam...Apakah yang dimaksudkan dengan aman itu sendiri?


Apabila kita melihat realiti zaman sekarang yang memperlihatkan kepada kita bahawa Malaysia ini aman tanpa peperangan,aman tanpa serangan dan lain-lain,mereka yang berfikiran cetek akan setuju dengan pernyataan tersebut...


Tetapi,bagi mereka yang cuba merenung dengan mendalam tentang keadaan malaysia sekarang..MasyaAllah..Subhanallah..Rupanya Malaysia ini tidak aman-aman lagi walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka...Kerana apa?!Ia kerana aman yang dilihat hanya aman luaran..Kita tidak dapat mencapai keamanan yang sebenar...Iaitu AMAN SENTOSA...Malaysia ini tidak akan diiktiraf aman selagi mana masih lagi ada remaja yang masih ber'couple', banyak bayi yang dibuang merata-rata tempat,merokok dan lain-lain...

Ini yang kita inginkan?Mari kita persiapkannya bersama...

Apa yang ditunggu lagi?Adakah kita ingin mendapatkan kebahagiaan/keamanan yang sejati?Ia bermula dengan diri kita sendiri...Ayuh!!Kita mulakan langkah baru untuk menuju AMAN SENTOSA luaran mahupun dalaman...

14 March 2010

Pilihan??




Apa kelebihan manusia agaknya?Special sangat ke manusia ni?Dah banyak dah nikmat Allah bagi,tapi...ada jugak yang masih menggunakan nikmat tersebut pd tempat yang salah..Kenapa begini??Kenapa begini??



Allah telah berikan satu kelebihan kepada manusia berbanding makhluk ciptaanNya yang lain...Iaitu.....PILIHAN!!Semua makhluk di muka bumi ni tidak diberi pilihan!!Keistimewaan ini hanya diberikan kpd manusia sahaja...Tetapi...Apakah pilihan yang manusia buat,berbaloi?!Allah beri pilihan untuk memilih ISLAM atau KAFIR??Apakah pilihan yang manusia telah buat?Berapa ramai sekarang yang dah murtad?


Fikir-fikirkan balik...Jika tidak mensyukuri nikmat ini ataupun jika tidak pandai menggunakan nikmat ini,lebih baik ia diberikan kepada haiwan-haiwan atau tumbuhan-tumbuhan yang sentiasa beribadat kepada Allah...Manusia berhak memilih untuk melakukan solat atau tidak...Tetapi..Apakah yang telah manusia lakukan di bumi ini?!Masih ada orang muslim yang meminum arak,ponteng solat,tidak membayar zakat dll.



Satu Anologi yang mudah:

1. Satu kereta yang mane di dalamnye ade seorang pemandu dan kemudian pemandunye membawa kereta tersebut ke masjid untuk mendengar kuliah,pergi rumah anak yatim untuk menderma dll.

2. Satu lagi kereta yang mane di dalamnye sudah mempunyai kunci tetapi tiada pemandunya dan kereta tersebut dibiarkan begitu saja..Kemudian tidak lama kemudian datanglah seorang pencuri yang ingin mencuri kereta tersebut dan setelah mencuri kereta itu,pencuri tersebut membawa kereta tersebut ke Disko,PUB dan pelbagai tempat maksiat yang lain..


Bayangkan kereta itu adalah AKAL.Untuk anologi pertama,apabila orang tersebut pandai memandu akal ke arah kebaikan,maka orang tersebut akan sentiasa berbuat baik di muka bumi ini..Manakala,anologi kedua,apabila tidak ade orang yang pandai memandu akal,maka syaitan lah yang akan memandu akal kita ke arah kemaksiatan..

Pengajaran di sini,Allah telah beri akal untuk berfikir dan Allah memberi pilihan kepada manusia,tetapi kebanyakannya tidak pandai menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya...AKAL perlulah dipandu agar pilihan yang dibuat lebih sempurna...

29 January 2010

Keazaman!!



Bismillah...Alhamdulillah dgn nikmat dan kurniaan Allah yg membuatkan kita masih bernafas lg,maka bersyukurlah...InsyaAllah ana ingin berkongsi sedikit cerita...

Sewaktu ana berada di dalam kelas..Seorang guru telah menanyakan kpd semua pelajar dlm kelas ana..."Apakah azam kamu semua utk tahun ni?"...Maka,seorang demi seorang menceritakan tentang azam masing2 pd guru tersebut..Berbagai-bagai jawapan yg boleh didapati..Antaranya adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,pelajar yg baik dan mcm-mcm lagi..

Sehinggalah tiba giliran ana utk memberitahu azam ana kpd guru tersebut...Maka ana trus mengucapkan "Ana ingin meneruskan tarbiyah di sekolah ini!".Dengan semangat skali ana mengucapkan perkataan tersebut...Kemudian,ade di antara mereka yg bergelak ketawa,ade yg 'blur' dan berbagai ragam boleh dilihat...



Jadi,di sini pengajarannya...Setiap insan di dunia ini mempunyai hasrat tersendiri..Dan sepatutnya,setiap muslim (atau lebih spesifik lagi) rijal, perlulah bercita-cita besar utk membangkitkan islam di masa hadapan..Mari kita contohi Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Umar Al-Khattab dan ramai lagi...Kerana mereka sgt bersemngat ingin membangunkan islam di seluruh dunia..Apakah yg telah kita lakukan?Ayuh wahai semua pemuda!!Mari bersama-sama kita membina semangat dan menegakkan syariat islam di muka bumi ini...Ayuh!!Perbaharuilah azam mu!!

31 December 2009

50 sen...




Ana bermula dgn sebuah cerita....Seorang budak yg berusia dlm lingkungan 5 tahun..sedang berjalan-jalan..Bayangkan kita adalah ibubapanya...Kemudian budak tersebut menjumpai 50 sen di tgh jalan...



Budak tersebut berbicara 'Adakah duit ini boleh ku gunakan?'Tanya budak tersebut kpd kita sebgai ibubapanya...Tentunya kita menjawab...'Duit tersebut bukan hak kamu..Jadi, kamu tidak bole mengambilnya sembarangan'.



Begitulah kita sebagai hamba yg Maha Esa...Semua bende di dunia ini hanyalah pinjaman dan bukan utk selamanya..Kita tidak ade hak utk merosakkan muka bumi ini...Dan kita tidak ade hak utk menggunakannya secara berlebihan....Kita adalah hamba dan bukannya Raja...Raja adalah Allah yg Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu..Maka,bersyukurlah!!

25 November 2009

Puasa pada hari Arafah...



Rasulullah ditanya tentang berpuasa pada hari Arafah.Baginda bersabda : "Ia menghapuskan dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
-Hadis Riwayat Muslim-

04 July 2009

Bola??Solat??


Assalamualaikum,ana terfikir seketika apabila melihatkan umat sekarang yang makin kurang melakukan solat……solat fardhu pulak tu,kalau solat sunat apa lagi….Jadi kat sini ana bagi skit perumpaan yg mudah difahami.Apa Kaitan Bola Ngan Solat???

Cuba bayangkan ade 10 org sedang bermain bola sepak,kemudian apabila bola tersebut bocor,maka yg bersemangat nk main hanya 8 orang….lagi 2 org dah balik umah sbb malas nk main bola bocor…..kemudian setelah mencari penampal bola tersebut,mereka 8 org teruskan permainan dgn gembira…tapi mereka bermain dalam keadaan bola tersebut masih pancit kerana belum dipam….Setelah 5 org balik umah sbb x tahan tendang bola berat…..kemudian tinggal 3 org yg paling bersemangat mencari pam untuk bermain bola dgn lebih selesa…..akhirnya tinggal 2 org je yg bermain sbb sorang lagi dah “Tension” mencari pam.

Perumpaannya:

Bola - Solat fardhu

Kebocoran - Kelalaian kita semasa solat

Penampal bola - Solat sunat rawatib

Pam - Doa Kepada Allah



Kat sini ana nk bawak pengajarannya.....kita tgk mesti ramai org yg solat fardhu sama ada kat rumah atau kat masjid dan kemudian apabila solatnya tidak khusyuk kerana memikirkan benda-benda yang tak penting hanya ¾ daripadanya yang ingin menampung solat fardhunya dengan solat sunat rawatib......Setelah selesai solat sunat,didapati hanya segelintir daripadanya yang berdoa kepada Allah dan yang lain semuanya sibuk mengejar duniawi yang sementara ni....Padahal,semua kejayaan adalah datang drpd Allah,tapi ramai hambanya tak mahu berdoa kepadanya......



Ini yang membuatkan ana bingung dan pelik melihat keadaan umat zaman sekarang terutama di Malaysia iaitu negara yang berstatus islam.......Sangat memalukan....

Jadi ana mengajak semua org : 'MARI KITA HIDUPKAN BI’AH SOLAT SUNAT WALAU DI MANA KITA BERADA'

08 June 2009

Hari Bapa??


Mungkin sambutan Hari Bapa tak lama lagi akan disambut......Mungkin semua orang akan menyambutnya....Tetapi....Adakah semuanya dapat menghayati makna sebenar Hari Bapa???



Hari Bapa.....Apa itu Hari Bapa??.....Sebenarnya Hari Bapa adalah suatu hari yang dikhususkan untuk menghargai bapa kita yang telah banyak melayan karenah kita di rumah...Tetapi sebenarnya bukan pada Hari Bapa sahaja yang kita patut menghargai pengorbanan bapa kita....Sebenarnya kalau boleh setiap hari kita harus menghargai dan meminta maaf pada ibubapa kita...Kalau tengokkan sekarang,ramai anak-anak yang sedang merempit,minum arak,pergi disko......Padahal,mereka kebanyakannya adalah keluarga yang menganut agama Islam.....



Sungguh sedih melihat keadaan yang telah berlaku di luar sana.....anak tidak menghargai atau tidak menghormati ibubapa mereka yang telah banyak berkorban harta dan masa melayan mereka semasa kecil hingga besar.......Tetapi mereka......langsung tidak mengambil kisah tentang bapa mereka....

Jadi....Ana mengajak ikhwah sekalian agar kita dapat memanfaatkan Hari Bapa untuk kita khususkan masa lapang untuk mereka dan melayan serta meminta maaf kepada mereka atas kesalahan kita yang sungguh banyak dari kecil hingga dewasa....Di sini ada serangkap pantun :

Duit banyak dikorbankan untuk melayan karenah bayi,
Mereka gembira tidak terhenti,
Adakah kita telah membalas dan menghargai,
Pengorbanan mereka selama ini.

~Nukilan Sendiri~

Yang baik daripada Allah dan yang cacat celanya daripada diri ana sendiri,insyaAllah sekadar sedikit perkongsian....Wassalam.....

06 June 2009

Hamba Soleh


      Adakah kita ingin jadi seperti apa yang tercatat dalam Hadis Qudsi di atas??? Sebenarnya inilah ganjaran orang yang beramal soleh di dunia….Di dalam hadis tersebut telah diberitahu bahawa mereka yang beramal soleh akan mendapat :

 

1.Sesuatu yang tidak pernah dipandang dengan mata.

2.Sesuatu yang tidak pernah didengari dengan telinga.

3.Sesuatu yang tidak terlintas di hati manusia.


        

Siapa yang tidak inginkan gajaran tersebut?? Ana yakin semua orang memerlukannya....Dalam firman Allah yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam (golongan) orang yang Soleh"


~Al-Ankabut :9~ 

       

Di sini telah diberitahu dalam Al-Qur'an bahawa mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan akan dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh...Allah telah memberi kita "Clue" untuk menjadi hamba yang soleh....Tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran....
Jadi, kita semua boleh jadikan Apa yang telah tercatat di atas sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang soleh di hadapan pencipta kita iaitu Allah S.W.T. 

Semua orang mesti menginginkan ganjaran yang cukup hebat dan besar daripada Allah….Sebenarnya ini adalah salah satu kelebihan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh….

 

        Cuba kita jadikan semua ini sebagai persoalan dalam diri kita….Adakah aku seorang anak/hamba yang soleh?Adakah aku layak menjadi seorang hamba yang beramal soleh di hadapan Tuhan Pencipta Alam Ini??

Adakah aku layak mendapat ganjaran terbesar di Dunia dan Akhirat iaitu Syurga yang sungguh indah??Fikirkanlah….Jadikan semua soalan ini sebagai satu pengajaran dan batu lonjakan untuk kita berubah menjadi seorang yang hari ini lebih baik dari semalam…..

03 June 2009

Titian Di Akhirat




    Assalamualaikum,insyaAllah di sini penulis akan menceritakan tentang keadaan di Akhirat nanti apabila melalui Titian Sirat untuk menuju ke syurga.....untuk pengetahuan semua orang,titian ini lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari pedang....MasyaAllah,kita tak dapat bayangkan betapa hebat ciptaan Allah yg Maha Esa....

    

Semua orang beriman dan orang munafik akan melalui titian ini....dan ada 7 keadaan :
1.Org yg melalui titian dengan sepantas kilat.
2.Org yg melalui titian dengan sekelip mata.
3.Org yg melalui titian seperti hembusan angin.
4.Org yg melalui titian seperti kuda berlari.
5.Org yg melalui titian seperti org berlari.
6.Org yg melalui titian seperti unta berjalan.
7.Org yg melalui titian dengan berjalan kaki kemudian jatuh dan berulag-ulang.

      Orang munafik akan melaluinya dan kemudian jatuh ke neraka yg berada dibawah titian sirat ini,seperti yg tercatat dalam Al-Qur'an,Firman Allah :



"Sesungguhnya orang munafik ditempatkan di peringkat paling bawah dalam neraka"

~Al-Maidah~

      

Jadi kita Mesti tak nak masuk ke dalam neraka apatah lagi perngkat paling bawah neraka,tetapi kita tidak mengetahui sama ada kita tergolong dalam golongan orang munafik,hanya Allah yang mengetahui hambanya yang mana beriman dan yang mana munafik....Jadi,mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita tidak dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam dan tidak tergolong dalam orang munafik dan fasik.

     Untuk melalui titian ini,memerlukan cahaya supaya lebih mudah untuk melaluinya.Dan untuk mendapatkan cahaya tersebut dengan membuat amal di Dunia untuk menempah syurga di Akhirat nanti.....Ada satu hadis mengatakan orang yang berjalan menuju masjid apabila masuk waktu solat subuh,akan mendapat cahaya daripada Allah di Akhirat nanti,dan apabila dalam perjalanan menuju masjid pada waktu subuh tersebut hendaklah kita membaca doa,doanya sepert berikut :



      

"Ya Allah berikanlah cahaya kepadaku,pada penglihatanku cahaya,pada pendengaranku cahaya,dikananku cahaya,dikiriku cahaya,didepanku cahaya,dibelakangkangku cahaya,diatasku cahaya,dibawahku cahaya dan jadikanlah aku bercahaya di Akhirat nanti" 

~Doa~

      

Ana harap kita dapat sama-sama mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita agar kita mendapat cahaya dan melalui titian sirat dengan lebih mudah, untuk masuk ke syurga yang sangat indah dan tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa pun...fikirkanlah adakah kita org yg melalui titian dengan sepantas kilat??Adakah kita telah mendapat cahaya dengan pergi ke masjid pada waktu subuh??Wassalam.....


02 June 2009

Sabar Dan Bahagia



Bismillahirrahmanirrahim,
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kpd Allah yg telah memberikan kpd kita rahmat dan masih hidup dalam Iman dan Islam.Banyak rahmat dan pengampunan yg telah diberikan oleh Allah yg maha Esa dan adakah kita telah mensyukurinya atau kita masih tidak puas hati dan ingin yg lebih hebat??Fikirkanlah.....


Berbalik kpd tajuk yg ingin dibincangkan iaitu Sabar Diperlukan Dalam Setiap Sisi Dalam Kehidupan Kita.Adakah kita telah mengamalkan ilmu yg ada pd kita dalam kehidupan seharian kita??Apabila kita ingin taat kpd Allah,kita harus sabar dalam mengharungi segala cabaran dan ujian yg telah diberikan oleh Allah utk menguji hamba hambanya....adakah kita mampu menahan hawa nafsu drpd membuat kejahatan dan kerosakan di muka bumi ni??Satu Tips utk meninggalkan maksiat adalah bersabar dan mempunyai keazaman yg kuat utk meninggalkannya.Bersabar juga banyak pahalanya seperti dlm Firman Allah Dalam Al-Qur'an :

"Allah menyediakan tiga pahala bagi org yg bersabar :kesjahteraan di dunia dan di akhirat,rahmat dan kasih sayang Allah dan petunjuk dalam menghadapi kesusahan".

~Al-Baqarah :157~


Amalkanlah sifat sabar dalam kehidupan seharian kita agar kita mudah melawan hawa nafsu yg makin menguasai diri kecuali seseorang yg imannya kuat dan berpagang teguh pd ajaran islam!!
"Mari Kita Berusah Utk Mengamalkannya Dalam Kehidupan Seharian kita...Semoga Ia Bermanfaat Dan Diredhai Oleh Allah"
~Unknown~