~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

17 June 2010

~Satu Amanah~




Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”




Memikirkan lagu ini..Sangat banyak Mutiara(Pengajaran)yang boleh dikutip dengan kita memahami setiap rangkap dan mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan Hijjaz ini..Ingat lah....Kita diciptakan sebagai Khalifah...janganlah kita merasa aman dengan apa yang telah didapati di dunia ini..Tugas seorang manusia sangat berat..Jika kita tidak melakukannya,maka kita akan terima padahnya di akhirat nanti..Maka,SEDARLAH!!Ayuh kita bangkit dan sama-sama melakukan AMANAH yang telah tersedia di muka bumi ini untuk meraih Cinta, Rahmat dan Kasih SayangNya..Ameen!!

08 June 2010

Aman Tenteram..


Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah lama tidak berkarya..Allah izinkan juga hamba ini menulis spatah dua kata bagi mengingatkan manusia yang sering alpa dan terleka dengan bende keduniaan...Jadi,di sini ana ingin menceritakan tentang maksud sebenar aman...Aman yang dinantikan dan disukai oleh orang ramai...


Adakah kehidupan kita aman?Adakah kita merasa tenteram dengan kehidupan kita sekarang?Cuba timbulkan persoalan sebegini di benak fikiran kita yang terlampau lapang hingga tidak memikirkan apa-apa pun..Ana mengajak kita berfikir sejenak dengan secara mendalam...Apakah yang dimaksudkan dengan aman itu sendiri?


Apabila kita melihat realiti zaman sekarang yang memperlihatkan kepada kita bahawa Malaysia ini aman tanpa peperangan,aman tanpa serangan dan lain-lain,mereka yang berfikiran cetek akan setuju dengan pernyataan tersebut...


Tetapi,bagi mereka yang cuba merenung dengan mendalam tentang keadaan malaysia sekarang..MasyaAllah..Subhanallah..Rupanya Malaysia ini tidak aman-aman lagi walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka...Kerana apa?!Ia kerana aman yang dilihat hanya aman luaran..Kita tidak dapat mencapai keamanan yang sebenar...Iaitu AMAN SENTOSA...Malaysia ini tidak akan diiktiraf aman selagi mana masih lagi ada remaja yang masih ber'couple', banyak bayi yang dibuang merata-rata tempat,merokok dan lain-lain...

Ini yang kita inginkan?Mari kita persiapkannya bersama...

Apa yang ditunggu lagi?Adakah kita ingin mendapatkan kebahagiaan/keamanan yang sejati?Ia bermula dengan diri kita sendiri...Ayuh!!Kita mulakan langkah baru untuk menuju AMAN SENTOSA luaran mahupun dalaman...