~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

23 September 2009

Rahmat Allah?




Assalamualaikum...Alhamdulillah setelah lama tidak berkarya,akhirnya masa ni la yg paling sesuai..Sebelum apa2 ana ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Fitrah...Ana meminta maaf kpd semua pembaca yg ana pernah buat silap...

Seterusnya ana ingin berkongsi sedikit tentang apa yg istimewanya Rahmat Allah...Ana bermula dgn sebuah cerita yg mana cerita ini diharap bole mengambil sebanyak-banyak pengajaran...Ada seorang abid yg gigih beribadah,dia beribadah selama 600 tahun lamanya...Kemudian,apabila ingin dihisab,dia berkata aku ingin masuk ke syurga dgn semua amalan ibadahku...Kemudian setelah mengira semula amalan yg dilakukannya selama 600 tahun itu,hanya mampu membayar sebelah mata sahaja...

Di sini menunjukkan bhw sebenarnya nikmat yg Allah bg pd kita dr kita kecik sampai kita besar tidak mampu dihitung betapa banyaknya nikmat yg Allah berikan ...Sehinggakan amalan selama 600 tahun hanya mampu membayar sebelah mata sahaja ...Sebenarnya...Tanpa rahmat Allah,tidak sesiapa bole masuk ke syurga..Rahmat Allah sangat luas tapi berapa ramai manusia yg ingin betul2 mendapatkan RahmatNya...Jadi ana ingin mengajak semua sekali agar kita sentiasa muhasabah perkara2 yg telah berlalu seperti Ramadhan...Adakah aku telah mendapat Rahmat Allah khususnya di bulan Ramadhan?Timbulkan persoalan dlm diri kita dan banykkan doa kepadaNya...Ya Allah engkau kurniakn RahmatMu kepadaku ya Allah,Aku sangat memohon kepadaMu,Berikan aku hidayah dan petunjukMu juga tunjuki ku jalan yang Lurus...Hanya kepada engkau aku menyembah dan meminta pertolongan....Wassalam...

23 August 2009

~Kelebihan di Bulan Mulia ini~



Assalamualaikum,Alhmdulillah wa syukrulillah atas nikmat yang Allah telah berikan kpd kita kerana akhirnya kita telah sampai pd bulan perubahan ini...Ya Allah berkatilah aku pada bulan Ramadhan dan engkau sampaikan aku pada malam LAILATUL-QADR!!Sebenarnya terlalu banyak sangat ganjaran yang Allah nk beri pada hambanya....Kita sebagai umat Nabi Muhammad patut byk-byk bersyukur kerana Allah byk memberikan keringanan kpd kita...

Terlampau banyak kelebihan di bulan Ramadhan ini,Ana ingin mengongsikan sedikit....Antaranya adalah amalan sunat digandakan seperti amalan wajib yg kita lakukan pd bulan lain dan amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali ganda...Astaghfirullah...Sungguh besar nikmat yg Allah ingin berikan pd kita..Cuba bayangkan kita lakukan solat 5 waktu sebanyak 70 kali dalam sehari...MasyaAllah,mungkin kita terlalu penat hingga solat itu tidak khusyuk lagi....Jadi Allah telah memberikan ganjaran besar pada hambanya,maka sesiapa yg tidak mahu merebutnya....Wallahua'lam..



Seterusnya...Ada menceritakan di dalam hadis shahih,Nabi Muhammad berkhutbah sehari sblm masuknya ramdhan...Dan isi khutbah itu adalah tentang Ramadhan...Ada disebutkan,di dalm bulan Ramadhan ada 4 perkara:2 perkara yg Allah suka dan 2 perkara untuk hambanya...2 perkara yg Allah suka adalah Syahadah...Allah amat suka akan syahadah dan lagi satu adalah istighfar memohon ampun padaNya...Allah adalah maha pengampun suka pada pengampunan....Di dalam bulan Ramadhan banyakkanlah kita baca doa:
"Ya Allah yang maha pengampun dan maha mulia,yang suka akan pengampunan,
engkau AMPUNILAH DAKU."


2 perkara untuk hambanya adalah meminta untuk masuk syurga...Dalam hadis ada menceritakan bahwa pada bulan ramdhan ini pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya serta syaitan dibelenggu selama sebulan...Mari kita sama-sama meminta agar dimasukkan ke dalam Syurga yg indah...Yang kedua adalah meminta dijauhkan dari api neraka....

Sebenarnya Allah telah memberi kita peluang untuk bertaubat padanya bukan hanya pada bulan ramadhan,bulan lain juga ada tetapi Allah menkhususkan pada Bulan Ramadhan...Apa tunggu lagi?Rebutlah peluang yg diberikan...Wassalam.