~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

04 July 2009

Bola??Solat??


Assalamualaikum,ana terfikir seketika apabila melihatkan umat sekarang yang makin kurang melakukan solat……solat fardhu pulak tu,kalau solat sunat apa lagi….Jadi kat sini ana bagi skit perumpaan yg mudah difahami.Apa Kaitan Bola Ngan Solat???

Cuba bayangkan ade 10 org sedang bermain bola sepak,kemudian apabila bola tersebut bocor,maka yg bersemangat nk main hanya 8 orang….lagi 2 org dah balik umah sbb malas nk main bola bocor…..kemudian setelah mencari penampal bola tersebut,mereka 8 org teruskan permainan dgn gembira…tapi mereka bermain dalam keadaan bola tersebut masih pancit kerana belum dipam….Setelah 5 org balik umah sbb x tahan tendang bola berat…..kemudian tinggal 3 org yg paling bersemangat mencari pam untuk bermain bola dgn lebih selesa…..akhirnya tinggal 2 org je yg bermain sbb sorang lagi dah “Tension” mencari pam.

Perumpaannya:

Bola - Solat fardhu

Kebocoran - Kelalaian kita semasa solat

Penampal bola - Solat sunat rawatib

Pam - Doa Kepada Allah



Kat sini ana nk bawak pengajarannya.....kita tgk mesti ramai org yg solat fardhu sama ada kat rumah atau kat masjid dan kemudian apabila solatnya tidak khusyuk kerana memikirkan benda-benda yang tak penting hanya ¾ daripadanya yang ingin menampung solat fardhunya dengan solat sunat rawatib......Setelah selesai solat sunat,didapati hanya segelintir daripadanya yang berdoa kepada Allah dan yang lain semuanya sibuk mengejar duniawi yang sementara ni....Padahal,semua kejayaan adalah datang drpd Allah,tapi ramai hambanya tak mahu berdoa kepadanya......



Ini yang membuatkan ana bingung dan pelik melihat keadaan umat zaman sekarang terutama di Malaysia iaitu negara yang berstatus islam.......Sangat memalukan....

Jadi ana mengajak semua org : 'MARI KITA HIDUPKAN BI’AH SOLAT SUNAT WALAU DI MANA KITA BERADA'