~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

14 March 2010

Pilihan??




Apa kelebihan manusia agaknya?Special sangat ke manusia ni?Dah banyak dah nikmat Allah bagi,tapi...ada jugak yang masih menggunakan nikmat tersebut pd tempat yang salah..Kenapa begini??Kenapa begini??



Allah telah berikan satu kelebihan kepada manusia berbanding makhluk ciptaanNya yang lain...Iaitu.....PILIHAN!!Semua makhluk di muka bumi ni tidak diberi pilihan!!Keistimewaan ini hanya diberikan kpd manusia sahaja...Tetapi...Apakah pilihan yang manusia buat,berbaloi?!Allah beri pilihan untuk memilih ISLAM atau KAFIR??Apakah pilihan yang manusia telah buat?Berapa ramai sekarang yang dah murtad?


Fikir-fikirkan balik...Jika tidak mensyukuri nikmat ini ataupun jika tidak pandai menggunakan nikmat ini,lebih baik ia diberikan kepada haiwan-haiwan atau tumbuhan-tumbuhan yang sentiasa beribadat kepada Allah...Manusia berhak memilih untuk melakukan solat atau tidak...Tetapi..Apakah yang telah manusia lakukan di bumi ini?!Masih ada orang muslim yang meminum arak,ponteng solat,tidak membayar zakat dll.



Satu Anologi yang mudah:

1. Satu kereta yang mane di dalamnye ade seorang pemandu dan kemudian pemandunye membawa kereta tersebut ke masjid untuk mendengar kuliah,pergi rumah anak yatim untuk menderma dll.

2. Satu lagi kereta yang mane di dalamnye sudah mempunyai kunci tetapi tiada pemandunya dan kereta tersebut dibiarkan begitu saja..Kemudian tidak lama kemudian datanglah seorang pencuri yang ingin mencuri kereta tersebut dan setelah mencuri kereta itu,pencuri tersebut membawa kereta tersebut ke Disko,PUB dan pelbagai tempat maksiat yang lain..


Bayangkan kereta itu adalah AKAL.Untuk anologi pertama,apabila orang tersebut pandai memandu akal ke arah kebaikan,maka orang tersebut akan sentiasa berbuat baik di muka bumi ini..Manakala,anologi kedua,apabila tidak ade orang yang pandai memandu akal,maka syaitan lah yang akan memandu akal kita ke arah kemaksiatan..

Pengajaran di sini,Allah telah beri akal untuk berfikir dan Allah memberi pilihan kepada manusia,tetapi kebanyakannya tidak pandai menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya...AKAL perlulah dipandu agar pilihan yang dibuat lebih sempurna...