~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

08 June 2010

Aman Tenteram..


Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah lama tidak berkarya..Allah izinkan juga hamba ini menulis spatah dua kata bagi mengingatkan manusia yang sering alpa dan terleka dengan bende keduniaan...Jadi,di sini ana ingin menceritakan tentang maksud sebenar aman...Aman yang dinantikan dan disukai oleh orang ramai...


Adakah kehidupan kita aman?Adakah kita merasa tenteram dengan kehidupan kita sekarang?Cuba timbulkan persoalan sebegini di benak fikiran kita yang terlampau lapang hingga tidak memikirkan apa-apa pun..Ana mengajak kita berfikir sejenak dengan secara mendalam...Apakah yang dimaksudkan dengan aman itu sendiri?


Apabila kita melihat realiti zaman sekarang yang memperlihatkan kepada kita bahawa Malaysia ini aman tanpa peperangan,aman tanpa serangan dan lain-lain,mereka yang berfikiran cetek akan setuju dengan pernyataan tersebut...


Tetapi,bagi mereka yang cuba merenung dengan mendalam tentang keadaan malaysia sekarang..MasyaAllah..Subhanallah..Rupanya Malaysia ini tidak aman-aman lagi walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka...Kerana apa?!Ia kerana aman yang dilihat hanya aman luaran..Kita tidak dapat mencapai keamanan yang sebenar...Iaitu AMAN SENTOSA...Malaysia ini tidak akan diiktiraf aman selagi mana masih lagi ada remaja yang masih ber'couple', banyak bayi yang dibuang merata-rata tempat,merokok dan lain-lain...

Ini yang kita inginkan?Mari kita persiapkannya bersama...

Apa yang ditunggu lagi?Adakah kita ingin mendapatkan kebahagiaan/keamanan yang sejati?Ia bermula dengan diri kita sendiri...Ayuh!!Kita mulakan langkah baru untuk menuju AMAN SENTOSA luaran mahupun dalaman...

2 comments:

  1. pandai-pandai je tulis...

    ReplyDelete
  2. manusia sker buat mcm org lain.... try to be different.... make us ponder....

    ReplyDelete