~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

06 June 2009

Hamba Soleh


      Adakah kita ingin jadi seperti apa yang tercatat dalam Hadis Qudsi di atas??? Sebenarnya inilah ganjaran orang yang beramal soleh di dunia….Di dalam hadis tersebut telah diberitahu bahawa mereka yang beramal soleh akan mendapat :

 

1.Sesuatu yang tidak pernah dipandang dengan mata.

2.Sesuatu yang tidak pernah didengari dengan telinga.

3.Sesuatu yang tidak terlintas di hati manusia.


        

Siapa yang tidak inginkan gajaran tersebut?? Ana yakin semua orang memerlukannya....Dalam firman Allah yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam (golongan) orang yang Soleh"


~Al-Ankabut :9~ 

       

Di sini telah diberitahu dalam Al-Qur'an bahawa mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan akan dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh...Allah telah memberi kita "Clue" untuk menjadi hamba yang soleh....Tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran....
Jadi, kita semua boleh jadikan Apa yang telah tercatat di atas sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang soleh di hadapan pencipta kita iaitu Allah S.W.T. 

Semua orang mesti menginginkan ganjaran yang cukup hebat dan besar daripada Allah….Sebenarnya ini adalah salah satu kelebihan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh….

 

        Cuba kita jadikan semua ini sebagai persoalan dalam diri kita….Adakah aku seorang anak/hamba yang soleh?Adakah aku layak menjadi seorang hamba yang beramal soleh di hadapan Tuhan Pencipta Alam Ini??

Adakah aku layak mendapat ganjaran terbesar di Dunia dan Akhirat iaitu Syurga yang sungguh indah??Fikirkanlah….Jadikan semua soalan ini sebagai satu pengajaran dan batu lonjakan untuk kita berubah menjadi seorang yang hari ini lebih baik dari semalam…..

No comments:

Post a Comment