~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

07 January 2011

Fardhul Muslim ??

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang diri kita sendiri yang sentiasa membuat dosa,sentiasa lalai sehingga melupakan apa yang disuruh oleh Allah..

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri..." (Ar-Ra'du:11)

Manusia fitrahnya adalah inginkan kebaikan,tetapi lebih cenderung kepada kefasikan kerana syaitan menghasut manusia dengan cara yang sangat halus sehingga tidak disedari oleh pelakunya..Untuk memartabatkan atau membina daulah islamiyyah di dunia ini perlu mengikut marratib amal yang bermula dengan pembinaan peribadi. Di sini menunjukkan kita harus membina diri kita dan orang lain demi untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Pembinaan peribadi ini memerlukan masa yang sangat panjang supaya setiap peribadi-peribadi yang terbina itu memahami dan mampu memikul beban dakwah sepertimana Rasulullah menyampaikan risalah Islam.


Perumpamaan yang mudah,saya bawakan contoh baju putih yang kotor dengan kotoran lumpur,air sirap,coklat dan lain-lain,apabila kita ingin membersihkannya,kita memerlukan masa dan usaha yang gigih untuk membasuhnya seperti menggosok-gosok bahagian kotor untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran pada baju tersebut sehingga ianya menjadi putih seperti sedia kala. Ia memerlukan usaha yang sangat mantap dan rela hati.

Tetapi alangkah malangnya,baju sangat mudah dikotori tetapi susah untuk dicuci. Maka jagalah baju tersebut dengan sebaiknya agar tidak mudah dikotori.

Baju itu diumpamakan sebagai diri kita sendiri. Dengan dosa-dosa serta kemaksiatan yang telah dibuat,tentu sekali kita ingin membersihkannya dengan meminta ampun daripada Allah. Maka apabila kita dalam proses pembinaan peribadi diri,janganlah biarkan ia mudah dikotori atau ditembusi oleh syaitan dan konco-konconya. Jaga diri kita sebaiknya dengan cara kita sentiasa berdamping dengan orang soleh,mencari ilmu daripada mereka yang banyak ilmunya dan lain-lain.

Semoga ianya bermanfaat bagi diri kita yang masih dalam fasa pembinaan peribadi untuk mencapai Daulah Islamiyyah yang kita ingin-inginkan.

No comments:

Post a Comment