~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

31 December 2010

Keazaman!!



Bismillah...Alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaan Allah yang membuatkan kita masih bernafas lagi,maka bersyukurlah...

Sewaktu saya berada di dalam kelas..Seorang guru pernah menanyakan kepada semua pelajar dalam kelas saya..."Apakah azam kamu semua untuk tahun ini?" Maka,seorang demi seorang menceritakan tentang azam masing-masing pada guru tersebut..Berbagai-bagai jawapan yang boleh didapati..Antaranya adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,pelajar yang baik dan berbagai lagi..

Sehinggalah tiba giliran saya untuk memberitahu azam saya kepada guru tersebut...Maka saya terus mengucapkan "Saya ingin meneruskan tarbiyah sehingga mati!" Dengan semangat keazaman yang lahir daripada diri saya, saya sangat berbangga dan bergembira mengucapkan perkataan tersebut...Kemudian,ada di antara mereka yang bergelak ketawa,ada yang 'blur' dan berbagai respon yang boleh didapati dan dilihat...



Jadi,di sini pengajarannya...Setiap insan di dunia ini mempunyai hasrat tersendiri..Dan sepatutnya,setiap muslim (atau lebih spesifik lagi) rijal, perlulah bercita-cita besar untuk membangkitkan islam di masa hadapan..Mari kita contohi Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Umar Al-Khattab dan ramai lagi...Kerana mereka sangat bersemangat ingin membangunkan islam di seluruh dunia..Apakah yang telah kita lakukan?Ayuh wahai semua pemuda!!Mari bersama-sama kita membina semangat dan menegakkan syariat islam di muka bumi ini...Ayuh!!Perbaharuilah Azam mu!!

1 comment:

  1. inilah pemuda islam yg kita cari selama nieh....semangat waja..bertenaga...troskan !!!

    ReplyDelete