~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

31 December 2010

Keazaman!!



Bismillah...Alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaan Allah yang membuatkan kita masih bernafas lagi,maka bersyukurlah...

Sewaktu saya berada di dalam kelas..Seorang guru pernah menanyakan kepada semua pelajar dalam kelas saya..."Apakah azam kamu semua untuk tahun ini?" Maka,seorang demi seorang menceritakan tentang azam masing-masing pada guru tersebut..Berbagai-bagai jawapan yang boleh didapati..Antaranya adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,pelajar yang baik dan berbagai lagi..

Sehinggalah tiba giliran saya untuk memberitahu azam saya kepada guru tersebut...Maka saya terus mengucapkan "Saya ingin meneruskan tarbiyah sehingga mati!" Dengan semangat keazaman yang lahir daripada diri saya, saya sangat berbangga dan bergembira mengucapkan perkataan tersebut...Kemudian,ada di antara mereka yang bergelak ketawa,ada yang 'blur' dan berbagai respon yang boleh didapati dan dilihat...



Jadi,di sini pengajarannya...Setiap insan di dunia ini mempunyai hasrat tersendiri..Dan sepatutnya,setiap muslim (atau lebih spesifik lagi) rijal, perlulah bercita-cita besar untuk membangkitkan islam di masa hadapan..Mari kita contohi Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Umar Al-Khattab dan ramai lagi...Kerana mereka sangat bersemangat ingin membangunkan islam di seluruh dunia..Apakah yang telah kita lakukan?Ayuh wahai semua pemuda!!Mari bersama-sama kita membina semangat dan menegakkan syariat islam di muka bumi ini...Ayuh!!Perbaharuilah Azam mu!!

15 November 2010

Al-Kafirin Wal-Munafiqin




Alhamdulillah setelah beberapa lamanya tidak menulis,terasa ingin berkongsi sedikit peringatan yang sungguh penting dan bermakna pada semua umat muslimin. Saya ingin membawakan sedikit cerita tentang golongan kafir dan munafiq yang sangat dicemuh dan dibenci oleh Allah.

Golongan kafir dan munafiq banyak Allah ceritakan di dalam Al-Qur'an yang dimana salah satu sifat mereka adalah mereka tidak ingin mendengar peringatan atau tazkirah atau kuliah di mana-mana kerana mereka sungguh benci dengan peringatan. Seperti yang Allah catatkan dalam Al-qur'an:

"Sesungguhnya orang-orang kafir sama saja bagi mereka,
engkau(Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan,
mereka tidak akan beriman." (Al-Baqarah:6)

Sama-sama kita renungkan sifat orang kafir yang tidak ingin langsung mendengar peringatan yang mengingatkannya pada hari akhirat. Mereka, Allah tutupkan penglihatannya dan pendengarannya yang dimana tidak bermakna Allah merosakkan pendengaran serta penglihatannya, tetapi Allah tutup pendengaran batinnya dan penglihatan hatinya agar di akhirat nanti mereka tidak mempersoalkan tentangnya. "Dulu aku di dunia telingaku pekak dan mataku buta membuatkanku tidak dapat mendengar(peringatan) dan tidak dapat melihat(ciptaan Allah)"

Jadi kepada mereka Allah akan kurniakan azab yang sangat pedih di akhirat nanti. Golongan munafiq pula mereka pura-pura beriman kepada Allah. Firman Allah:

"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah,tetapi Allah-lah
yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya'(ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak
mengingat kecuali sedikit sekali." (An-Nisa':142)

Mereka hanya beramal semata-mata inginkan pandangan orang dan bukan ingin pandangan mulia dari Allah. Mereka(munafiq) berada di tingkatan paling bawah di dalam neraka. Naudzubillahi min zalik. Kita mohon dijauhkan dari menjadi golongan munafiqin yang akan disiksa teruk oleh Allah di akhirat nanti.

Sama-sama kita berdoa agar tidak tergolong dari mana-mana golongan di atas. "Allahumma ja'alna minassolihin waja'alna minassodiqin waja'lna minazzakirin wala taj'alna minal munafiqina wal kafirin." Ameen ya rabbal alamin..

17 June 2010

~Satu Amanah~




Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”




Memikirkan lagu ini..Sangat banyak Mutiara(Pengajaran)yang boleh dikutip dengan kita memahami setiap rangkap dan mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan Hijjaz ini..Ingat lah....Kita diciptakan sebagai Khalifah...janganlah kita merasa aman dengan apa yang telah didapati di dunia ini..Tugas seorang manusia sangat berat..Jika kita tidak melakukannya,maka kita akan terima padahnya di akhirat nanti..Maka,SEDARLAH!!Ayuh kita bangkit dan sama-sama melakukan AMANAH yang telah tersedia di muka bumi ini untuk meraih Cinta, Rahmat dan Kasih SayangNya..Ameen!!

08 June 2010

Aman Tenteram..


Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah lama tidak berkarya..Allah izinkan juga hamba ini menulis spatah dua kata bagi mengingatkan manusia yang sering alpa dan terleka dengan bende keduniaan...Jadi,di sini ana ingin menceritakan tentang maksud sebenar aman...Aman yang dinantikan dan disukai oleh orang ramai...


Adakah kehidupan kita aman?Adakah kita merasa tenteram dengan kehidupan kita sekarang?Cuba timbulkan persoalan sebegini di benak fikiran kita yang terlampau lapang hingga tidak memikirkan apa-apa pun..Ana mengajak kita berfikir sejenak dengan secara mendalam...Apakah yang dimaksudkan dengan aman itu sendiri?


Apabila kita melihat realiti zaman sekarang yang memperlihatkan kepada kita bahawa Malaysia ini aman tanpa peperangan,aman tanpa serangan dan lain-lain,mereka yang berfikiran cetek akan setuju dengan pernyataan tersebut...


Tetapi,bagi mereka yang cuba merenung dengan mendalam tentang keadaan malaysia sekarang..MasyaAllah..Subhanallah..Rupanya Malaysia ini tidak aman-aman lagi walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka...Kerana apa?!Ia kerana aman yang dilihat hanya aman luaran..Kita tidak dapat mencapai keamanan yang sebenar...Iaitu AMAN SENTOSA...Malaysia ini tidak akan diiktiraf aman selagi mana masih lagi ada remaja yang masih ber'couple', banyak bayi yang dibuang merata-rata tempat,merokok dan lain-lain...

Ini yang kita inginkan?Mari kita persiapkannya bersama...

Apa yang ditunggu lagi?Adakah kita ingin mendapatkan kebahagiaan/keamanan yang sejati?Ia bermula dengan diri kita sendiri...Ayuh!!Kita mulakan langkah baru untuk menuju AMAN SENTOSA luaran mahupun dalaman...

14 March 2010

Pilihan??




Apa kelebihan manusia agaknya?Special sangat ke manusia ni?Dah banyak dah nikmat Allah bagi,tapi...ada jugak yang masih menggunakan nikmat tersebut pd tempat yang salah..Kenapa begini??Kenapa begini??



Allah telah berikan satu kelebihan kepada manusia berbanding makhluk ciptaanNya yang lain...Iaitu.....PILIHAN!!Semua makhluk di muka bumi ni tidak diberi pilihan!!Keistimewaan ini hanya diberikan kpd manusia sahaja...Tetapi...Apakah pilihan yang manusia buat,berbaloi?!Allah beri pilihan untuk memilih ISLAM atau KAFIR??Apakah pilihan yang manusia telah buat?Berapa ramai sekarang yang dah murtad?


Fikir-fikirkan balik...Jika tidak mensyukuri nikmat ini ataupun jika tidak pandai menggunakan nikmat ini,lebih baik ia diberikan kepada haiwan-haiwan atau tumbuhan-tumbuhan yang sentiasa beribadat kepada Allah...Manusia berhak memilih untuk melakukan solat atau tidak...Tetapi..Apakah yang telah manusia lakukan di bumi ini?!Masih ada orang muslim yang meminum arak,ponteng solat,tidak membayar zakat dll.



Satu Anologi yang mudah:

1. Satu kereta yang mane di dalamnye ade seorang pemandu dan kemudian pemandunye membawa kereta tersebut ke masjid untuk mendengar kuliah,pergi rumah anak yatim untuk menderma dll.

2. Satu lagi kereta yang mane di dalamnye sudah mempunyai kunci tetapi tiada pemandunya dan kereta tersebut dibiarkan begitu saja..Kemudian tidak lama kemudian datanglah seorang pencuri yang ingin mencuri kereta tersebut dan setelah mencuri kereta itu,pencuri tersebut membawa kereta tersebut ke Disko,PUB dan pelbagai tempat maksiat yang lain..


Bayangkan kereta itu adalah AKAL.Untuk anologi pertama,apabila orang tersebut pandai memandu akal ke arah kebaikan,maka orang tersebut akan sentiasa berbuat baik di muka bumi ini..Manakala,anologi kedua,apabila tidak ade orang yang pandai memandu akal,maka syaitan lah yang akan memandu akal kita ke arah kemaksiatan..

Pengajaran di sini,Allah telah beri akal untuk berfikir dan Allah memberi pilihan kepada manusia,tetapi kebanyakannya tidak pandai menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya...AKAL perlulah dipandu agar pilihan yang dibuat lebih sempurna...

15 February 2010

Bilakah Masanya?



Tidak pelik bukan??

Ramai manusia sekarang serba-serbi dari segi perangainya,penampilannya,pemakaiannya dan macam2 lagi...


-Ade perempuan yg memakai tudung,memakai baju kurung dan menutup segalanya...tiba2 apabila terlihat dibawah,kelihatan tidak berstoking...Bukankah kaki itu aurat?


-Ade pula lelaki yg menunaikan solat,bersedeqah...tetapi mengapa diluarnya memakai seluar pendek,mewarnakan rambut dan mcm-mcm lagi...Adakah itu lelaki sejati yg dinamakan?


Dimana?Dimana dan Dimana?Pemuda yang akn membangkitkan islam suatu hari nanti seperti Umar Al-Khattab,Ali Abi talib,Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh?Dimanakah pula mu'minat yg solehah seperti Aisyah,Khadijah dan lain-lain?


Takkan apabila sudah tua nanti baru nk bertaubat?Org yg kurang cedik pemikirannya akn berkata "Takpe,sekarang aku buat jahat dlu..pastu nanti bile aku dah tua,barulah aku bertaubat,pengampunan Allah kan sentiasa terbuka..."


Kita nk jadi org yg kurang cerdik pemikirannya?atau menjadi org yg pintar di sisi manusia dan disisi Allah?Fikirkanlah....Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

29 January 2010

Keazaman!!



Bismillah...Alhamdulillah dgn nikmat dan kurniaan Allah yg membuatkan kita masih bernafas lg,maka bersyukurlah...InsyaAllah ana ingin berkongsi sedikit cerita...

Sewaktu ana berada di dalam kelas..Seorang guru telah menanyakan kpd semua pelajar dlm kelas ana..."Apakah azam kamu semua utk tahun ni?"...Maka,seorang demi seorang menceritakan tentang azam masing2 pd guru tersebut..Berbagai-bagai jawapan yg boleh didapati..Antaranya adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,pelajar yg baik dan mcm-mcm lagi..

Sehinggalah tiba giliran ana utk memberitahu azam ana kpd guru tersebut...Maka ana trus mengucapkan "Ana ingin meneruskan tarbiyah di sekolah ini!".Dengan semangat skali ana mengucapkan perkataan tersebut...Kemudian,ade di antara mereka yg bergelak ketawa,ade yg 'blur' dan berbagai ragam boleh dilihat...



Jadi,di sini pengajarannya...Setiap insan di dunia ini mempunyai hasrat tersendiri..Dan sepatutnya,setiap muslim (atau lebih spesifik lagi) rijal, perlulah bercita-cita besar utk membangkitkan islam di masa hadapan..Mari kita contohi Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Umar Al-Khattab dan ramai lagi...Kerana mereka sgt bersemngat ingin membangunkan islam di seluruh dunia..Apakah yg telah kita lakukan?Ayuh wahai semua pemuda!!Mari bersama-sama kita membina semangat dan menegakkan syariat islam di muka bumi ini...Ayuh!!Perbaharuilah azam mu!!