~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

03 August 2009

~Ramadhan Karim~

Assalamualaikum,bersyukur dengan rahmat Allah yang maha esa setelah kita telah banyak menikmati nikmat yang diberikanNya……Lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk dalam bulan mulia iaitu bulan ramadhan.



Bulan inilah bulan paling baik buat kita kerana Allah telah memberi kita peluang skali lagi untuk menikmati bulan yg mulia ini..Sebab itu kita harus berdoa kepada Allah:

“Ya Allah,berkatilah bulan Sya’ban dan sampaikan aku pada Bulan Ramadhan”



Kita tidak tahu ajal kita masih lama atau sekejap kerana Allah boleh menarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja jika Ia kehendaki….Jadi sama-samalah kita sekali lagi memanjatkan kesyuran yang tak terhingga kepaNya.

Jika kita sudah berpeluang untuk merasai bulan ramadhan tersebut,maka kita hendaklah menggunakan kesempatan dengan sebaiknya….Dengan kita beramal soleh,beribadat,membaca Al-Qur’an dan macam-macam lagi yang perlu kita rebuti dalam bulan yang mulia ini..

Di sini ana mengajak semua skali untuk kita tingkatkan ibadat kita bukan hanya pada bulan Ramadhan,tetapi insyaAllah istiqomah sehingga mati.
.Wallahua’lam….

1 comment: