~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

23 August 2009

~Kelebihan di Bulan Mulia ini~



Assalamualaikum,Alhmdulillah wa syukrulillah atas nikmat yang Allah telah berikan kpd kita kerana akhirnya kita telah sampai pd bulan perubahan ini...Ya Allah berkatilah aku pada bulan Ramadhan dan engkau sampaikan aku pada malam LAILATUL-QADR!!Sebenarnya terlalu banyak sangat ganjaran yang Allah nk beri pada hambanya....Kita sebagai umat Nabi Muhammad patut byk-byk bersyukur kerana Allah byk memberikan keringanan kpd kita...

Terlampau banyak kelebihan di bulan Ramadhan ini,Ana ingin mengongsikan sedikit....Antaranya adalah amalan sunat digandakan seperti amalan wajib yg kita lakukan pd bulan lain dan amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali ganda...Astaghfirullah...Sungguh besar nikmat yg Allah ingin berikan pd kita..Cuba bayangkan kita lakukan solat 5 waktu sebanyak 70 kali dalam sehari...MasyaAllah,mungkin kita terlalu penat hingga solat itu tidak khusyuk lagi....Jadi Allah telah memberikan ganjaran besar pada hambanya,maka sesiapa yg tidak mahu merebutnya....Wallahua'lam..



Seterusnya...Ada menceritakan di dalam hadis shahih,Nabi Muhammad berkhutbah sehari sblm masuknya ramdhan...Dan isi khutbah itu adalah tentang Ramadhan...Ada disebutkan,di dalm bulan Ramadhan ada 4 perkara:2 perkara yg Allah suka dan 2 perkara untuk hambanya...2 perkara yg Allah suka adalah Syahadah...Allah amat suka akan syahadah dan lagi satu adalah istighfar memohon ampun padaNya...Allah adalah maha pengampun suka pada pengampunan....Di dalam bulan Ramadhan banyakkanlah kita baca doa:
"Ya Allah yang maha pengampun dan maha mulia,yang suka akan pengampunan,
engkau AMPUNILAH DAKU."


2 perkara untuk hambanya adalah meminta untuk masuk syurga...Dalam hadis ada menceritakan bahwa pada bulan ramdhan ini pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya serta syaitan dibelenggu selama sebulan...Mari kita sama-sama meminta agar dimasukkan ke dalam Syurga yg indah...Yang kedua adalah meminta dijauhkan dari api neraka....

Sebenarnya Allah telah memberi kita peluang untuk bertaubat padanya bukan hanya pada bulan ramadhan,bulan lain juga ada tetapi Allah menkhususkan pada Bulan Ramadhan...Apa tunggu lagi?Rebutlah peluang yg diberikan...Wassalam.

1 comment: