~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

29 January 2010

Keazaman!!



Bismillah...Alhamdulillah dgn nikmat dan kurniaan Allah yg membuatkan kita masih bernafas lg,maka bersyukurlah...InsyaAllah ana ingin berkongsi sedikit cerita...

Sewaktu ana berada di dalam kelas..Seorang guru telah menanyakan kpd semua pelajar dlm kelas ana..."Apakah azam kamu semua utk tahun ni?"...Maka,seorang demi seorang menceritakan tentang azam masing2 pd guru tersebut..Berbagai-bagai jawapan yg boleh didapati..Antaranya adalah ingin menjadi pelajar cemerlang,pelajar yg baik dan mcm-mcm lagi..

Sehinggalah tiba giliran ana utk memberitahu azam ana kpd guru tersebut...Maka ana trus mengucapkan "Ana ingin meneruskan tarbiyah di sekolah ini!".Dengan semangat skali ana mengucapkan perkataan tersebut...Kemudian,ade di antara mereka yg bergelak ketawa,ade yg 'blur' dan berbagai ragam boleh dilihat...



Jadi,di sini pengajarannya...Setiap insan di dunia ini mempunyai hasrat tersendiri..Dan sepatutnya,setiap muslim (atau lebih spesifik lagi) rijal, perlulah bercita-cita besar utk membangkitkan islam di masa hadapan..Mari kita contohi Sultan Muhammad Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Umar Al-Khattab dan ramai lagi...Kerana mereka sgt bersemngat ingin membangunkan islam di seluruh dunia..Apakah yg telah kita lakukan?Ayuh wahai semua pemuda!!Mari bersama-sama kita membina semangat dan menegakkan syariat islam di muka bumi ini...Ayuh!!Perbaharuilah azam mu!!

31 December 2009

50 sen...




Ana bermula dgn sebuah cerita....Seorang budak yg berusia dlm lingkungan 5 tahun..sedang berjalan-jalan..Bayangkan kita adalah ibubapanya...Kemudian budak tersebut menjumpai 50 sen di tgh jalan...



Budak tersebut berbicara 'Adakah duit ini boleh ku gunakan?'Tanya budak tersebut kpd kita sebgai ibubapanya...Tentunya kita menjawab...'Duit tersebut bukan hak kamu..Jadi, kamu tidak bole mengambilnya sembarangan'.



Begitulah kita sebagai hamba yg Maha Esa...Semua bende di dunia ini hanyalah pinjaman dan bukan utk selamanya..Kita tidak ade hak utk merosakkan muka bumi ini...Dan kita tidak ade hak utk menggunakannya secara berlebihan....Kita adalah hamba dan bukannya Raja...Raja adalah Allah yg Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu..Maka,bersyukurlah!!

28 November 2009

Sesali diri.....Sebelum terlambat....





Bismillah,diri ini berfikir sebentar apakah ku punya harapan menggalas tugasan/amanah yg telah diberikan?Tertimbullah persoalan di benak fikiranku...Walau sehari,sesaat maupun sedetik...Ia tetap dinamakan noda hitam(dosa)...

Begitu juga tidak patut kita mengharapkan ampunan, sementara pada saat yang sama
kita melakukan kemaksiatan. Bahkan rasanya tidak layak kita menjadi
hamba pilihan kerana segala perintah dan larangan tidak jua tergerak
untuk kita laksanakan.

Setiap tapak kaki kita yang tertinggal sesungguhnya adalah saksi
dari perjalanan hari-hari. Hanya orang yang tidak cerdik yang
membiarkan hari-harinya disia-siakan dengan kebatilan, hanya orang
yang jahil yang membiarkan waktu hidupnya tercampak dengan sikap
lengah dan alangkah ruginya kita kerana kesempatan yang diberikan
oleh Allah tidak dimanfaatkan untuk kebaikan.

Kita sering mengira bahwa kita telah melakukan kebaikan. Mungkin
selama ini kita menduga bahwa kita telah sempurna melakukan
ketaatan, merasa sudah begitu banyak menjalankan kebaikan. Tetapi
ternyata, semua itu hanyalah fatamorgana. Nampak begitu baik dalam
persangkaan kita, ternyata mungkin buruk dalam pandangan Allah.
Kenapa demikian? Kerana ketaatan yang kita kerjakan hanyalah sekadar
menginginkan pujian dan kebaikan yang kita tunjukkan tidak diiringi
dengan keikhlasan.

Umar Ibn Al Khattab pernah memberi nasihat; "Hisablah diri kamu
sebelum kamu dihisab, timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang,
dan bersiap-siagalah untuk menghadapi hari yang agung (hari Qiamat),
dihari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang
tersembunyi dari amal perbuatan kita barang sedikitpun."

1. Marilah kita bangunkan sesuatu yang telah kita robohkan.
2. Bersihkan aqidah kita yang mungkin telah tercemar dengan bibit-
bibit kemusyrikan.
3. Jernihkan niat dan tekad yang telah kita keruhkan dengan
ketidak ikhlasan.
4. Manfaatkan kesempatan hidup ini selagi masih terbuka pintu
harapan.
5. Bukalah gerbang kesedaran agar terpancar pintu rahmat dan ampunan
Allah.
6. Berbuat baiklah selagi masih kita punya kesempatan.
7. Bertaubatlah kepada Allah sebelum ajal datang menjelang.
8. Tegurlah hati kita yang sedang terlena agar tidak jatuh terjerat
oleh rayuan dunia yang fana.
9. Tegurlah jiwa kita yang gelisah dan goyah agar tetap menjadi
hamba yang mulia.

Sedarilah, kadang-kadang jiwa kita selalu cenderung pada kelazatan
yang sesat, maka didiklah ia dengan baik agar ia selalu taat.

25 November 2009

~Berhijrah ke indonesia~

Alhamdulillah,dengan nikmat yg Allah berikan pada ana dan sekluarga...Alhamdulillah bini'matil islam wal iman wan ni'mah...melancong ke Indonesia banyak memberi pengajaran pada diri ana....Dengan melihat suasana di Shopping Mall,Masjid,Kawasan Perumahan dan banyak lagi....Inilah sedikit gambar2 yg diambil....


Antara bangunan-bangunan mencakar langit di sana...(Di Jakarta)

Surau Al-Ahkam di Bandung...

Jalan untuk laluan kereta dan motor juga kenderaan lain....Sangat sempit ruangnya....(Di Bandung)


Di sana hidup mereka semua sangat simple...Dan dengan simple itu membuatkan mereka menjadi kreatif...Ana merenung ke tepi tingkap kereta dan terlihat sungguh ramai mereka yang menjual barang2 demi menyara hidup keluarga mereka...Ana sangat tersentuh apabila melihat keadaan atau suasana di sana...Laluan untuk masuk ke rumah masing2 sgt2 sempit...


Laluan untuk memasuki rumah ke rumah...(Di Bandung)


Jadi same2 kite merenung adakah kita sudah mensyukuri nikmat yg Allah bagi kt kita?Jika kita semua tidak mensyukuri nikmat yg Allah bagi pd kita,Lebih baik kita berikannya pd orang yg lebih memerlukannya....Muhasabah balik...Wallahua'lam...

Puasa pada hari Arafah...



Rasulullah ditanya tentang berpuasa pada hari Arafah.Baginda bersabda : "Ia menghapuskan dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
-Hadis Riwayat Muslim-