~Selamat Datang~


Hanya insan Biasa.

07 August 2009

Pergi Sementara....





Setelah lebih 2 bulan menetap di rumah....Akhirnya,tibalah masa untuk belajar kembali...Abg ana ingin melanjutkan pelajaran ke USA untuk mendpatkan Master/PHD....Kemungkinan besar dia akan berada di sana antara 2-5 tahun...."Ya Allah,permudahkanlah urusannya"

Harap-harap kt sana tak lupa solat 5 waktu.....Banyakkan amal,lagipun dah nk puasa ni.....Ucapan dari ana Good Luck...Semoga berjaya DUNIA dan AKHIRAT"Ya Allah,engkau bukakkan hati abgku,berilah dia petunjuk dan hidayahmu"

05 August 2009

Terima Kasih Ya Allah...




Bismillah,ana termenung dan merenung akan kesalahan yang telah banyak dilakukan.......Astaghfirullah,Astaghfirullah,Ya Allah,engkau kuatkan diriku agar dapat menempuh atau menghadapi ujian yang engkau berikan padaku...Mungkin terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan menyebabkan engkau tidak memakbulkan doaku....Ampunkan dosa2ku....

Teringat ana pada tragedi di sekolah menengah islam hira',dalam sesi persekolahan...ana tertinggal jam tangan ADIDAS yang diberikan oleh abgku di atas sebuah meja....kemudian malam tersebut,ana sgt mengharapkan jam tersebut masih lg ada di atas meja tersebut....Tiba2,jam tersebut hilang...Ana dalam keadaan resah memikirkan jam tangan tersebut....Ana menanyakan semua org dalam kelas ana...Dan semua jawapan adalah sama:"tidak"...Ana semakin lama tertekan kerana kehilangan jam tersebut....


Dalam keadaan resah tersebut,tiba-tiba ada seorang dtg menghampiri ana....kemudian ia bertanyakan masalah ana dan ana menceritakan semuanya kpd dia.Kemudian,ia memberi satu tips/clue untuk menjumpai jam tersebut semula....Ana sgt gembira,kemudian dia memberitahu bahwa sebenarnya pertama skali kita kene mintak kat Allah.....Ana berasa hairan kerana mmglah ana biasanya doa kat Allah kalau ade ape-ape hilang


Namun,Ana cuba lakukan apa yg disebutkan oleh abg tadi.....setelah seminggu ana berdoa kpd Allah,jam tersebut masih tidak ditemui olehh sesiapa pun...Ana berasa semakin resah dan resah....Kemudian,ana teruskan mencari....setelah membuat pengumuman jam tersebut,masih tak ada org yg memulangkan jam tersebut...Dalam fikiran ana "mesti org tu dah bwk balik rumah jam tu pastu dia mesti jual punye...Harap2 org tu tak bwk balik rumah jam tu..."

Sehingga hari ana ingin pulang ke rumah....Ana berasa takut ingin memberi tahu ayah ana pasal kehilangan jam tersebut..Ana hanya mendoakan kelembutan hati drpd Allah kpd ayah ana...Tiba-tiba...Seorang kawan ana menghampiri ana dan bertanyakan "anta dah jumpa jam anta belum?"Ana menggelengkan kepala sambil bermasam muka...Kemudian dia berkata "Ana dah jumpa jam anta.."Kemudian,ana hampir tidak mempercayai kawan ana....ana takut dia tipu ana..."Tunjukkan bukti"kKemudian kawan ana tunjukkannya pd ana...Ana sgt gembira kerana menjumpai jam tersebut semula...

Apabila ana muhasabah balik....Rupa-rupanya ana tertinggal sesuatu...Sebenarnya apabila ana hilang sesuatu benda atau berasa resah,First skali kene mintak kt Allah sbb hanya Allah yg bole bantu kita,kedua baru berusaha dgn menayakan org,buat pengumuman....Kini ana sedar akan kesalahan ana sendiri..."Ya Allah ampunilah dosaku,Aku leka dgn dunia yg sementara ni ya Allah,selmatkan aku dari azab api nerakamu"

03 August 2009

Cuti..Cuti..Cuti...

Bismillahirrahmanirrahim,Allahuakbar2……Banyaknya penyakit yg sedang melanda dunia….Ana sebagai pelajar sekolah pun turut menjadi mangsa….Bukan mangsa penyakit,tetapi mangsa cuti…..Terpaksa cuti selama seminggu kerana penyakit H1N1 menular ke setiap Negara…



Cuti sedang bergembira kerana mendapat peluang untuk membunuh kita semua….SILENT KILLER yang halus dan sangat kejam…..Ya Allah,engkau thabatkan aku di jalan yang lurus Ya Allah!!Buatlah kerja Bermanfaat agar SILENT KILLER tersebut kalah dengan kita semua.....Allahuakbar!!Allahuakbar!!

~Ramadhan Karim~

Assalamualaikum,bersyukur dengan rahmat Allah yang maha esa setelah kita telah banyak menikmati nikmat yang diberikanNya……Lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk dalam bulan mulia iaitu bulan ramadhan.



Bulan inilah bulan paling baik buat kita kerana Allah telah memberi kita peluang skali lagi untuk menikmati bulan yg mulia ini..Sebab itu kita harus berdoa kepada Allah:

“Ya Allah,berkatilah bulan Sya’ban dan sampaikan aku pada Bulan Ramadhan”



Kita tidak tahu ajal kita masih lama atau sekejap kerana Allah boleh menarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja jika Ia kehendaki….Jadi sama-samalah kita sekali lagi memanjatkan kesyuran yang tak terhingga kepaNya.

Jika kita sudah berpeluang untuk merasai bulan ramadhan tersebut,maka kita hendaklah menggunakan kesempatan dengan sebaiknya….Dengan kita beramal soleh,beribadat,membaca Al-Qur’an dan macam-macam lagi yang perlu kita rebuti dalam bulan yang mulia ini..

Di sini ana mengajak semua skali untuk kita tingkatkan ibadat kita bukan hanya pada bulan Ramadhan,tetapi insyaAllah istiqomah sehingga mati.
.Wallahua’lam….

04 July 2009

Bola??Solat??


Assalamualaikum,ana terfikir seketika apabila melihatkan umat sekarang yang makin kurang melakukan solat……solat fardhu pulak tu,kalau solat sunat apa lagi….Jadi kat sini ana bagi skit perumpaan yg mudah difahami.Apa Kaitan Bola Ngan Solat???

Cuba bayangkan ade 10 org sedang bermain bola sepak,kemudian apabila bola tersebut bocor,maka yg bersemangat nk main hanya 8 orang….lagi 2 org dah balik umah sbb malas nk main bola bocor…..kemudian setelah mencari penampal bola tersebut,mereka 8 org teruskan permainan dgn gembira…tapi mereka bermain dalam keadaan bola tersebut masih pancit kerana belum dipam….Setelah 5 org balik umah sbb x tahan tendang bola berat…..kemudian tinggal 3 org yg paling bersemangat mencari pam untuk bermain bola dgn lebih selesa…..akhirnya tinggal 2 org je yg bermain sbb sorang lagi dah “Tension” mencari pam.

Perumpaannya:

Bola - Solat fardhu

Kebocoran - Kelalaian kita semasa solat

Penampal bola - Solat sunat rawatib

Pam - Doa Kepada Allah



Kat sini ana nk bawak pengajarannya.....kita tgk mesti ramai org yg solat fardhu sama ada kat rumah atau kat masjid dan kemudian apabila solatnya tidak khusyuk kerana memikirkan benda-benda yang tak penting hanya ¾ daripadanya yang ingin menampung solat fardhunya dengan solat sunat rawatib......Setelah selesai solat sunat,didapati hanya segelintir daripadanya yang berdoa kepada Allah dan yang lain semuanya sibuk mengejar duniawi yang sementara ni....Padahal,semua kejayaan adalah datang drpd Allah,tapi ramai hambanya tak mahu berdoa kepadanya......



Ini yang membuatkan ana bingung dan pelik melihat keadaan umat zaman sekarang terutama di Malaysia iaitu negara yang berstatus islam.......Sangat memalukan....

Jadi ana mengajak semua org : 'MARI KITA HIDUPKAN BI’AH SOLAT SUNAT WALAU DI MANA KITA BERADA'